SEMAK STATUS PLKN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Demi melahirkan generasi masa hadapan yang berkeyakinan tinggi, sentiasa menunjukkan semangat perpaduan, kesukarelawan dan patriotisme, pihak Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk meneruskan lagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan modul latihan yang diperbaharui.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak PLKN? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI RM100 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SEMAK SYARAT LAYAK PLKN 2025
Antara syarat kelayakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah :
- Semua remaja Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Malaysia;
- Telah mencapai umur tidak kurang daripada 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun (bergantung kepada kategori program sama ada Pra PLKN, Latihan Asas atau Khidmat Negara);
- Berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental untuk membolehkan mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang program;
- Terpilih melalui sistem pemilihan atau mendaftar secara sukarela.
SEMAK STATUS PLKN 2025
Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

- Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [SEMAK].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL LATIHAN PLKN 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2025 adalah dijadualkan berperingkat selama tiga (3) siri seperti berikut :
- Latihan PLKN Siri Pertama :
TARIKH LATIHAN | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|
12 Januari 2025 sehingga 25 Februari 2025 (45 hari) | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur |
- Latihan PLKN Siri Kedua :
TARIKH LATIHAN | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|
11 Mei 2025 sehingga 24 Jun 2025 (45 hari) | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
- Latihan PLKN Siri Ketiga :
TARIKH LATIHAN | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|
07 September 2025 sehingga 21 Oktober 2025 (45 hari) | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
MODUL LATIHAN PLKN 2025
Latihan yang terbaru bagi tahun 2025 adalah merangkumi modul berikut :
- Modul Fizikal :
- Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.
saya una baru berumur 17 tahun dan saya sangat berminat dengan latihan PLKN ni , saya berharap saya dapat diterima dalam latihan ini