SEMAK STATUS MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
Sebanyak 75 peratus (%) peruntukan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) telah dinaikkan pada tahun ini untuk membantu lebih ramai rakyat dewasa di Malaysia yang layak melalui penyaluran sebanyak RM450 sehingga RM2,100.
Bagaimanakah semak status penerima MyKasih? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 2 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM900
SEMAK STATUS MYKASIH 2025
Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAKI MYKASIH 2025
Baki Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Setiap penerima Miskin, Miskin Tegar dan Asas Bukan Miskin akan menerima jumlah Bantuan MyKasih yang berbeza seperti berikut :
JUMLAH BANTUAN MYKASIH PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | JUMLAH BANTUAN MYKASIH PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Bujang : RM600 setahun | Bujang : Tiada |
Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
MEDIUM BAYARAN MYKASIH 2025
Bantuan SARA MyKasih dibayar kepada semua penerima di seluruh negeri melalui pengkreditan tanpa tunai terus ke dalam akaun kad pengenalan penerima dan penerima boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan tarikh bayaran MyKasih setiap bulan :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.