SEMAK STATUS EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & MOHON SEGERA SEBELUM TARIKH TUTUP
Bermula 1 November 2025, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah membuka permohonan secara online dan sekiranya memenuhi kelayakan serta lulus permohonan, Bantuan sebanyak RM300 akan dikreditkan setiap bulan dalam akaun eWallet.
Bagaimanakah cara semak status eWallet RM300 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300 2026
Terdapat beberapa manfaat yang dapat daripada Bantuan eWallet RM300, antaranya ialah dapat :
- Meringankan Beban Kewangan
- Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup
- Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
- Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
- Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.
- Memudahkan Penerima Menerima Bayaran Bantuan
- Bantuan yang dikreditkan dalam akaun e-Wallet dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless).
CARA GUNA BANTUAN EWALLET RM300 2026
Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan eWallet mengikut cara-cara berikut :
- Apabila permohonan telah diluluskan, penerima perlu memuat turun aplikasi [SELANGKAH] di dalam telefon bimbit.
- Akaun penerima akan diaktifkan dan amaun bantuan (RM300) akan dimasukkan.
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Kemudian, penerima haruslah memilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori kelulusan.
- Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan kod QR dalam aplikasi.
- Juruwang akan mengimbasnya dan mengesahkan transaksi;
- Resit baki bayaran akan diberikan.
KEGUNAAN EWALLET RM300 2026
Berikut adalah antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan eWallet RM300 sebulan :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.
SYARAT KELAYAKAN EWALLET RM300 2026
Bantuan eWallet RM300 hanya akan diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
CARA MOHON EWALLET RM300 2026
Mereka yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon Bantuan eWallet RM300 secara online mengikut panduan di bawah :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SEMAK STATUS EWALLET RM300 2026
Status kelayakan selepas memohon boleh disemak secara online mengikut panduan lengkap di bawah :
- Muat turun aplikasi [SELANGKAH] melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Dalam artikel ini kami hanya menulis berdasarkan info sahih daripada Portal Rasmi BINGKAS dan dikongsikan untuk memudahkan carian umum. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Laman Pertanyaan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.