SEMAK STATUS EWALLET RM300 : (2026) SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK UNTUK DAPAT BANTUAN & CARA PERMOHONAN

SEMAK STATUS EWALLET RM300 : (2026) SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK UNTUK DAPAT BANTUAN & CARA PERMOHONAN

Penggunaan aplikasi e-Wallet kini semakin meluas kerana dapat memudahkan pengguna untuk membuat pelbagai transaksi tanpa tunai (cashless). Oleh itu, demi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan, Kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM300 melalui akaun eWallet.

Bagaimanakah semak status eWallet RM300? Ikuti panduan lengkap dan baca info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : CEK SEGERA BILA ANDA TAMAT TEMPOH

PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM300

Inisiatif Bantuan eWallet RM300 adalah merujuk kepada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih mudah kenali ‘Bantuan BINGKAS’ yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun eWallet.

Bantuan sebanyak RM300 yang dikreditkan dalam akaun eWallet dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti barang dapur, keperluan bayi, perihal pendidikan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya.

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM300

Kerajaan mewujudkan Bantuan BINGKAS dengan jumlah sebanyak RM300 setiap bulan yang akan dikreditkan dalam akaun eWallet adalah bertujuan untuk :

  • Memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan untuk membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).
  • Mengurangkan bebanan kewangan dengan memberikan RM300 sebulan untuk memenuhi keperluan asas seisi keluarga.
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat dan berpeluang memperbaiki keadaan ekonomi keluarga.
  • Menyokong dan membela nasib rakyat terutamanya golongan miskin dan kurang bernasib baik.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Bantuan BINGKAS akan dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan dalam akaun eWallet khas kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara :
    • Malaysia.
  • Status Perkahwinan :
    • Berkahwin / ibu bapa tunggal.
  • Kadar Pendapatan :
    • Tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bilangan Tanggungan :
    • Sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun.
  • Tempat Kelahiran / Menetap :
    • Lahir di Selangor / Menetap di Selangor lebih 10 tahun.
  • Tempat Mengundi :
    • Berdaftar di Selangor.

CARA PERMOHONAN EWALLET RM300

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan, anda boleh kemukakan permohonan Bantuan BINGKAS RM300 secara online mengikut panduan di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  10. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  11. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  13. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  15. Permohonan telah berjaya dihantar.
  16. Selesai.

SEMAK STATUS EWALLET RM300

Setelah permohonan dikemukakan, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang anda daftarkan.
  5. Klik butang [Log Masuk].
  6. Terus klik pada [Semakan Status Kelayakan].
  7. Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Atau semakan boleh dilakukan melalui aplikasi eWallet berikut :

  1. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian [BINGKAS].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Semua maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah maklumat sahih yang dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment