SEMAK STATUS EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK STATUS EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terdapat pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada rakyat Malaysia khususnya yang berdaftar serta tersenarai dalam pangkalan data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Bagaimanakah semak status eKasih? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH : SEMAKAN KELAYAKAN SARA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH BAYARAN EKASIH MENGIKUT STATUS 2025

Jumlah bayaran Bantuan adalah mengikut status kelayakan penerima seperti berikut :

  • Bayaran Kepada Penerima Daftar eKasih :
    • Isi Rumah : RM100/RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun;
    • Warga Emas : RM100/RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun;
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Bayaran Kepada Penerima Bukan eKasih :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun;
    • Bujang : Tiada.

TARIKH BAYARAN EKASIH 2025

Pembayaran bantuan yang terbaru pada bulan ini adalah pada tarikh berikut :

  • Mulai 01 Mei 2025, Khamis.

MEDIUM BAYARAN EKASIH 2025

Semua penerima di seluruh Malaysia termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan akan menerima medium bayaran bantuan seperti berikut :

  • Dibayar secara tanpa tunai melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (KP) penerima pada setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas.

SEMAK STATUS EKASIH 2025

Bagi individu yang telah mendaftar dengan eKasih boleh mengetahui status pendaftaran seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment