SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN SARA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Daripada penjimatan hasil penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan untuk melaksanakan dan meningkatkan jumlah peruntukan untuk disalurkan kepada rakyat melalui bantuan tambahan bersasar iaitu Bantuan MyKasih bagi membantu memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semak status Bantuan MyKasih? Ikuti panduan semakan di bawah.
BACA JUGA : CHECK PLKN ONLINE : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Pada tahun ini, penerima Bantuan MyKasih telah diperluaskan daripada 700,000 ribu penerima kepada 5.4 juta penerima yang merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang yang terdiri daripada golongan Miskin, Miskin Tegar dan Asas Bukan Miskin.
SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH 2025
Ikuti cara semakan status sebagai penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Pautan Laman Web Rasmi Bantuan MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Sila layari laman web rasmi Bantuan MyKasih; atau klik pada pautan di atas.
- Halaman utama Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Isikan ruangan Nombor MyKad* dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025
Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan MyKasih yang berbeza mengikut status seperti berikut :
- Penerima Berstatus ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM1,650 setahun |
BUJANG (Belum berkahwin / Duda / Janda) | RM600 setahun |
- Penerima Berstatus ‘Asas Bukan Miskin’ :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM450 setahun |
BUJANG (Belum berkahwin / Duda / Janda) | Tiada |
JADUAL BANTUAN MYKASIH DIBAYAR 2025
Bantuan MyKasih dibayar kepada penerima mengikut jadual berikut :
- Penerima Berstatus ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
BAYARAN SESI 1 | BAYARAN SESI 2 |
---|---|
15 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2025 | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM100/sebulan Bujang : RM50/sebulan | Isi Rumah : RM200/sebulan Warga Emas : RM150/sebulan Bujang : RM50/sebulan |
- Penerima Berstatus ‘Asas Bukan Miskin’ :
BAYARAN SESI 1 | BAYARAN SESI 2 |
---|---|
15 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2025 | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
Tiada bayaran | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM50/sebulan Bujang : – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.