SEMAK SKAS SARAWAK 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN ANDA BAGI SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

SEMAK SKAS SARAWAK 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN ANDA BAGI SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

SKAS Sarawak telah diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025, sebagai inisiatif bantuan baharu oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah, bagi meringankan beban kos sara hidup mereka.

Bagaimanakah semak skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CHECK STR FASA 4 2025

SEMAK SKAS SARAWAK

APA ITU SKAS SARAWAK?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan tunai khas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyat nya yang terdiri daripada golongan B40 bertujuan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pemberian kewangan.

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan bantuan SKAS 2025 seperti berikut:

  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.

KATEGORI PENERIMA SKAS SARAWAK

Berikut merupakan kategori dan syarat bantuan yang telah ditetapkan :

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi Rumah



1) BerKahwin; atau
2) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
3) Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
4) Tiada had umur.
Bujang1) Bujang; atau
2) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
3) Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
4) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
5) Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
6) Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
Warga Emas1) Bujang; atau
2) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
3) Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
4)Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAK SKAS SARAWAK

Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
  2. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  3. Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
  4. Klik [My Individual Account].
  5. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
  6. Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
  7. Selesai.

MANFAAT

Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, dan minyak masak di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak dijadualkan seperti berikut:

JENIS BANTUAN TARIKH PEMBAYARANTARIKH TUNTUTKAEDAH BAYARAN
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak
(SKAS)
18 Februari 2025
(Selasa)
Tuntutan dibuka sepanjang tahun 2025S Pay Global

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM800
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawahRM400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM250

SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS SARAWAK

Berikut merupakan soalan lazim (FAQ) mengenai SKAS SARAWAK 2025:

  1. Siapa yang layak menerima SKAS?
    • Golongan B40 di Sarawak termasuk isi rumah, warga emas, dan individu bujang berpendapatan rendah.
  2. Bagaimana cara semak SKAS Sarawak?
    • Semakan boleh dibuat secara online menggunakan nombor MyKad melalui portal rasmi SKAS.
  3. Adakah SKAS sama dengan STR?
    • Tidak. STR ialah bantuan kerajaan persekutuan, manakala SKAS khusus untuk rakyat Sarawak.
  4. Bilakah tarikh bayaran SKAS 2025?
    • Dijangka bermula pada 2025 mengikut jadual yang diumumkan kerajaan negeri.
  5. Berapa jumlah maksimum bantuan SKAS?
    • Jumlah tertinggi adalah RM800 bagi kategori isi rumah.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment