SEMAK SENARAI BARANG DAPUR YANG BOLEH DIBELI GUNA BANTUAN SARA MYKASIH
Terkini! Bermula Februari 2026, kategori barangan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluaskan kepada 15 kategori barangan yang diluluskan termasuk barang dapur untuk memenuhi keperluan asas harian penerima yang layak.
Bagaimanakah semak senarai barang dapur sara mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BAYARAN SKAS UNTUK RAKYAT SARAWAK YANG LAYAK
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS BANTUAN | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
TEMPOH SAH TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menggunakan kredit bantuan secara bulanan untuk mendapatkan barangan keperluan dapur dalam tempoh masa tersebut :
| TEMPOH BANTUAN | TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR/ TARIKH LUPUT |
|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
SENARAI BARANG DAPUR SARA MYKASIH
Berikut merupakan barangan dapur yang diluluskan untuk tahun 2026 :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung;
- Makanan : Biskut / Mee Segera;
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe;
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang;
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam;
- Makanan Sejuk Beku : Nuget / Bebola / Sosej
Untuk senarai penuh, anda boleh semak di pautan rasmi SARA di : https://www.sara.gov.my/
SEMAK AMAUN DUIT BANTUAN BARANG DAPUR
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, yang diberikan kepada penerima yang layak untuk membeli barangan dapur yang diluluskan adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
CARA TEBUS BARANG DAPUR SARA MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas termasuk barang dapur.
Penerima yang layak boleh ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk mendapatkan barangan keperluan asas :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SEMAK PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026