SEMAK SARA MYKASIH RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 bakal memberi manfaat kepada hampir 22 juta penerima melalui pengkreditan one-off khusus untuk pembelian barangan asas bagi menyokong keperluan hidup.
Bagaimanakah cara semak status layak atau tidak sara mykasih rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA RM100 DALAM IC : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPA LAYAK MENERIMA SARA MYKASIH RM100
Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan;
SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA MYKASIH RM100 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih;
- Aplikasi MyKasih
Semakan di Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA UNTUK SEMUA atau SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.
MANFAAT PENGKREDITAN SARA MYKASIH RM100
Bantuan SARA ONE-OFF RM100, yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.
SENARAI BARANGAN ASAS LULUS GUNA SARA MYKASIH RM100
14 Kategori Barangan Asas yang didaftar di bawah Program SARA 2025 seperti berikut:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Tepung;
- Minyak Masak;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Peralatan Sekolah;
- Produk Kebersihan Rumah
TARIKH PENGKREDITAN SARA MYKASIH RM100
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara