SEMAK SARA DALAM IC : SEMAKAN STATUS 2025 BANTUAN RM100
IC (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia digunakan untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan boleh diguna pakai untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semak status SARA Dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR LOGIN SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 3
JUMLAH PENERIMA SARA DALAM IC
Penerima yang layak menerima Bantuan SARA Dalam IC adalah seramai berikut :
JENIS BAYARAN | JUMLAH PENERIMA SARA |
---|---|
Bayaran Setiap Bulan | 5.4 juta penerima |
Bayaran Sekaligus | 22 juta penerima |
KADAR BANTUAN SARA DALAM IC
Setiap kategori akan menerima kadar Bantuan SARA Dalam IC sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SARA DALAM IC SETIAP BULAN | KADAR BAYARAN SARA DALAM IC SEKALIGUS |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM200 (penerima STR & eKasih) / RM100 (penerima STR sahaja) | RM100 (Suami) RM100 (Isteri) |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM150 (penerima STR & eKasih) / RM50 (penerima STR sahaja) | RM100 |
BUJANG | RM50 (penerima STR & eKasih) | RM100 |
TARIKH KREDIT SARA DALAM IC
Pengkreditan Bantuan SARA Dalam IC adalah dilaksanakan mengikut tarikh berikut :
JENIS BAYARAN | TARIKH KREDIT SARA DALAM IC |
---|---|
Setiap Bulan | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
Sekaligus | 31/08/2025 (Ahad) |
SEMAK STATUS SARA DALAM IC
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan Bantuan SARA Dalam IC, ikuti panduan berikut :
- Layari laman sesawang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih rasmi di sini : https://mykasih.com.my.
- Halaman utama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] yang berwarna ‘merah’.
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Isikan nombor IC (Kad Pengenalan) pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAYARAN SARA DALAM IC
Status bayaran Bantuan SARA Dalam IC boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor IC (Kad Pengenalan) tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM SARA DALAM IC
Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA Dalam IC :
SOALAN | JAWAPAN |
---|---|
Siapakah layak terima Bantuan SARA Dalam IC? | Semua rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan |
Dimanakah Bantuan SARA Dalam IC boleh digunakan? | Boleh digunakan di lebih 4,100 kedai dan pasaraya seluruh Malaysia |
Bolehkah membuat pengeluaran tunai Bantuan SARA Dalam IC? | Tidak boleh membuat pengeluaran tunai dan hanya boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai sahaja |
Bilakah tarikh akhir Bantuan SARA Dalam IC boleh digunakan? | Sebelum 31 Disember 2025 |
Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk Bantuan SARA Dalam IC? | Tidak perlu mengemukakan permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.