SEMAK SARA 100 : CARA CHECK ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK SARA 100 : CARA CHECK ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terkini! Melalui pengumuman penghargaan, Kerajaan mengumumkan bantuan secara one-off yang akan dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada setiap rakyat dewasa Malaysia.

Bagaimanakah cara semak layak atau tidak sara rm 100 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BANTUAN 100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN SARA RM 100

Syarat kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF (sekali bayaran) akan disalurkan secara automatik kepada penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

CARA PELAKSANAAN BANTUAN SARA RM 100

Bantuan SARA ONE OFF RM100 akan disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan 90,000 jenis Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

BILA TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA RM 100

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan.

TEMPOH SAH KREDIT BANTUAN SARA RM 100

Kredit SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025, dan SAH sehingga 31 Disember 2025.

SEMAK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA RM 100 ONLINE

Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Status Penerima dan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dan SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Status Kelayakan dan Bayaran SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak di Portal MyKasih mulai 21 Ogos 2025.

CARA GUNA BANTUAN SARA RM 100

enerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF RM100 untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment