SEMAK MYKASIH RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Mulai 1 Mei 2025, Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik dengan peluasan kategori barangan asas kepada 14 jenis, termasuk produk kebersihan rumah, susulan permintaan tinggi daripada para penerima serta bagi memenuhi keperluan harian penerima.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima mykasih rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN ONLINE MYKASIH SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
AMAUN BULANAN MYKASIH 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH RM100
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan MyKasih RM100:
- Berstatus Bukan eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah;
CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH RM100
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan dikreditkan melalui MyKad penerima membolehkan penerima membeli 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, barangan kebersihan rumah di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH RM100 ONLINE
Status kelayakan penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA GUNA KREDIT MYKASIH RM 100
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas menggunakan kredit bulanan seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk asas yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara