SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Tidak kurang dari 10 hari sahaja lagi, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri. Oleh itu, bagi membantu golongan B40 dan M40 membuat persiapan, Kerajaan akan mula membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula hari ini (10 Mac 2026) kepada yang layak.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : CHECK BAKI MYKASIH ONLINE : BERAPA DUIT BANTUAN YANG ADA DALAM IC

BILANGAN PENERIMA STR FASA 2 2026

Berdasarkan rekod oleh Kerajaan, bilangan pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan terpilih layak menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah seramai berikut :

KELAYAKAN PENERIMABILANGAN YANG LAYAK
Penerima Sedia Ada
-Isi Rumah B40
-Isi Rumah M40
-Warga Emas
5 juta penerima
Penerima Baharu
-Isi Rumah B40
-Isi Rumah M40
-Warga Emas
200,000 penerima

SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026

Bagi penerima sedia ada dan juga pemohon baharu boleh buat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 2, ikuti cara semakan melalui laman rasmi STR di bawah :

PAUTAN LAMAN RASMI STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  1. Pergi ke laman rasmi STR (klik pada pautan di atas 👆).
  2. Anda akan dibawa ke halaman STR yang rasmi.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
    • Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh 880330112345.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
  6. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang betul.
  8. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard STR akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan STR Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang berbeza seperti jadual yang tertera di bawah :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Sedia AdaMulai 10 Mac 2026 (Selasa)
Penerima BaharuMulai 30 Mac 2026 (Isnin)

KADAR BAYARAN STR FASA 2 2026

Setiap kategori penerima yang layak sama ada sedia ada dan baharu, akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 dengan kadar yang berbeza mengikut bilangan anak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi Rumah B40RM200 hingga RM600
(tertakluk bilangan anak)
Isi Rumah M40RM100 hingga RM350
(tertakluk bilangan anak)
Warga EmasRM150
(setiap individu)

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2026

Kerajaan membuat bayaran Bantuan STR Fasa 2 kepada penerima yang layak melalui dua (2) kaedah yang berbeza mengikut penerima yang ada akaun bank dan yang tiada akaun bank seperti berikut :

KAEDAH BAYARAN KEPADA
PENERIMA ADA AKAUN
KAEDAH BAYARAN KEPADA
PENERIMA TIADA AKAUN
Dikreditkan secara berperingkat
melalui sistem ‘IBG Credit Transfer’
terus ke dalam akaun bank
milik penerima / pasangan
Dibayar secara tunai di
kaunter mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
yang terdekat

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment