SEMAK KELAYAKAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD

SEMAK KELAYAKAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD

Sebulan sekali Bantuan SARA / Sumbangan Asas Rahmah akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak bermula pada 9 Januari 2026 dan secara berperingkat setiap bulan sehingga pada bulan Disember 2026.

Bagaimanakah cara semak kelayakan SARA 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 1 2026 TARIKH BAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL

SEMAK KELAYAKAN SARA 2026

Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, rujuk panduan lengkap cara semak secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini – https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor MyKad anda pada ruang tersebut.
    • *Tanpa jarak dan tanpa sengkang (-). (Contoh : 800230115678).
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SARA 2026 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Catatan : Status kelayakan penerima Isi Rumah dan Warga Emas boleh diketahui mulai 8 Januari 2026. Manakala status kelayakan penerima Bujang boleh diketahui mulai 15 Januari 2026.

NILAI BANTUAN SARA 2026

Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan yang cukup, Kerajaan memperuntukan nilai Bantuan SARA yang sepadan dengan kategori penerima (isi rumah, warga emas dan bujang) seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN SARA
BULANAN
NILAI BANTUAN SARA
SETAHUN
Isi Rumah Miskin TegarRM200RM2,200
Warga Emas Miskin TegarRM150RM1,800
Bujang Miskin TegarRM100RM1,200
Isi Rumah Bukan MiskinRM100RM1,200
Warga Emas Bukan MiskinRM50RM600
Bujang Bukan MiskinRM50RM600
*Catatan : Jika penerima tidak menggunakan atau tidak habis Bantuan SARA dalam MyKad, kredit akan dibawa ke bulan berikut dan sehingga jumlah terkumpul setahun seperti di atas.

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2026

Bantuan SARA bakal dikreditkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan bermula bulan Januari hingga Disember 2026 mengikut pada tarikh-tarikh yang tertera di bawah :

  • 9 dan 16 Januari 2026 (Jumaat).
  • 1 Februari 2026 (Ahad).
  • 1 Mac 2026 (Ahad).
  • 1 April 2026 (Rabu).
  • 1 Mei 2026 (Jumaat).
  • 1 Jun 2026 (Isnin).
  • 1 Julai 2026 (Rabu).
  • 1 Ogos 2026 (Sabtu).
  • 1 September 2026 (Selasa).
  • 1 Oktober 2026 (Khamis).
  • 1 November 2026 (Ahad).
  • 1 Disember 2026 (Selasa).

KEGUNAAN BANTUAN SARA

Setelah Bantuan SARA dikreditkan dalam MyKad, penerima perlu menggunakannya untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). Barang-barang keperluan asas meliputi lebih 100,000 ribu produk, antaranya ialah :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Barang makanan kering :
    • Roti, biskut, dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

INFO LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment