SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ditambahbaik dengan peningkatan bantuan bulanan sehingga RM200 sebulan bagi memastikan barang keperluan asas yang diterima oleh penerima lebih mencukupi dan mampu menampung keperluan penerima secara berterusan.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bantuan dalam mykad rm200 setiap bulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH 100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
KEPENTINGAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima adalah untuk membolehkan membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
PENERIMA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA) | PENERIMA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA) |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Status penerima bantuan boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan; dan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
Berikut merupakan kategori barangan berlabel SARA MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SARA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | PENERIMA SARA SEDIA ADA (LULUS STR & STR EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan (bermula April – Disember) |
– | Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Barangan keperluan asas boleh didapati di kedai runcit dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad. - Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAK BAKI BANTUAN RM200 DALAM MYKAD 2025
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara