SEMAK KELAYAKAN MYSTR : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAK KELAYAKAN MYSTR : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Status kelayakan setiap pemohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berubah seiring dengan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Oleh itu, setiap pemohon disarankan untuk menyemak status kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran untuk tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak kelayakan MySTR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah

BACA JUGA : SARA DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA REGISTER PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN MYSTR

Permohonan yang disahkan ‘Lulus’ adalah dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan kepada setiap pemohon dari pelbagai kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
SYARATKELAYAKAN B40KELAYAKAN M40
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
UmurTiada hadTiada had
Status
Perkahwinan
Berkahwin
(ada / tiada anak)
atau
ibu/bapa tunggal
(ada anak)
Berkahwin
(ada / tiada anak)
atau
ibu/bapa tunggal
(ada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500RM2,501 hingga
RM5,000
  • Kategori Warga Emas :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur60 tahun & ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang / balu / duda / janda
(tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Tidak lebih RM5,000
  • Kategori Bujang :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur21 hingga 59 tahun
atau
OKU 19 tahun ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang / balu / duda / janda
(tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
Status
Pendidikan
Tamat belajar
atau
Bukan pelajar sepenuh masa

JUMLAH BAYARAN MYSTR

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberikan berdasarkan kelayakan setiap penerima dari pelbagai kategori dengan adil dan saksama seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40RM700 – Tiada anak
RM1,200 – 1 / 2 anak
RM1,700 – 3 / 4 anak
RM2,200 – 5 anak ke atas
Isi Rumah M40RM200 – Tiada anak
RM450 – 1 / 2 anak
RM700 – 3 / 4 anak
RM950 – 5 anak ke atas
Warga EmasRM600
BujangRM0
*Setiap kategori akan terima bayaran MySARA (termasuk penerima Bujang) dengan kadar bermula RM600 sehingga RM2,400 setahun.

JADUAL BAYARAN MYSTR

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 yang dianggarkan :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Februari 2026
Fasa 2April 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026
*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa dan mungkin lebih awal mengikut musim perayaan dan sebagainya.

SEMAK KELAYAKAN MYSTR

Semua pemohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diluluskan untuk tahun 2025 belum tentu lulus untuk tahun 2026. Oleh itu, setiap pemohon perlu membuat semakan kelayakan di Portal Rasmi MySTR seperti panduan berikut :

  1. Lawati laman sesawang Portal Rasmi MySTR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
  3. Bagi yang telah mendaftar akaun baharu, sila klik butang [Log Masuk].
    • Jika belum daftar akaun, sila daftar terlebih dahulu.
  4. Masukkan Nombor ID – Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
  6. ‘Kata Kunci Keselamatan’ pemohon akan dipaparkan mengikut nama pemohon.
  7. Sekiranya paparan ‘Kata Kunci Keselamatan’ adalah betul, klik butang [Ya].
  8. Masukkan [Kata Laluan] mengikut yang telah dicipta dengan betul.
  9. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  10. Paparan Dashboard pemohon akan muncul sekiranya berjaya log masuk.
  11. Untuk semak kelayakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan :
    • ‘Permohonan Diterima’ atau ‘Permohonan Dalam Proses’ atau ‘Lulus’.
  13. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR

  1. Bagaimanakah cara penerimaan bayaran Bantuan MySTR untuk tahun 2026?
    • Penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan STR secara ansur mengikut fasa melalui bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau terus ke dalam akaun bank penerima.
  2. Berapakah jumlah bayaran Bantuan MySTR kepada penerima dari kategori Bujang?
    • Kategori bujang hanya akan terima bayaran Bantuan MySARA sebanyak RM50 hingga RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
  3. Bilakah bayaran MySTR Fasa 1 untuk tahun 2026?
    • Biasanya bayaran STR Fasa 1 dilaksanakan pada awal tahun iaitu pada bulan Januari dan Februari. Namun, bayaran untuk tahun 2026 masih belum diketahui.
  4. Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan MySTR Fasa 1 2026?
    • Permohonan Bantuan STR untuk Fasa 1 2026 dibuka bermula 13 Oktober hingga 28 November 2025.
  5. Adakah permohonan Bantuan MySTR akan dibuka sepanjang tahun 2026 (sama seperti tahun sebelum ini)?
    • Ya, Kerajaan akan membuka permohonan sepanjang tahun untuk membolehkan rakyat yang layak untuk memohon bayaran setiap fasa.

RUJUKAN LANJUT MYSTR

Artikel ini kami tulis berdasarkan maklumat yang sahih yang dirujuk terus daripada Portal Rasmi MySTR dan kami kongsikan untuk mudahkan carian berkaitan ‘Cara Semak Kelayakan MySTR’. Untuk pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment