SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Objektif utama pemberian Bantuan MyKasih adalah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan yang benar-benar memerlukan dengan menampung pembelian keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : APA ITU BANTUAN MYSALAM : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN / CARA MOHON & TUNTUTAN ONLINE
MEDIUM BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Kerajaan telah menyelaraskan medium pembayaran Bantuan MyKasih kepada semua penerima diseluruh Malaysia termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan seperti berikut :
- Dibayar secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) penerima yang boleh digunakan untuk pembayaran barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan MyKasih dalam MyKad penerima yang terbaru :
- Bermula 01 Mei 2025 (Khamis).
Dan pembayaran yang seterusnya adalah pada 01 Jun 2025 (Ahad).
KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar pembayaran Bantuan MyKasih pada bulan ini adalah seperti berikut :
- Isi Rumah :
- RM200 (Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar);
- RM100 (Isi Rumah Asas Bukan Miskin).
- Warga Emas :
- RM150 (Warga Emas Miskin & Miskin Tegar);
- RM50 (Warga Emas Asas Bukan Miskin).
- Bujang :
- RM50 (Bujang Miskin & Miskin Tegar)
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Ikuti cara semakan kelayakan penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui baki Bantuan MyKasih yang ada dalam Kad Pengenalan (MyKad), ikuti cara semakan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.