SEMAK EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK INI CARA DAFTAR

SEMAK EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK INI CARA DAFTAR

Akaun e-Wallet melalui aplikasi SELANGKAH digunakan oleh Kerajaan untuk menyalurkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebanyak RM300 setiap bulan kerana ianya dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan bagi pembelian barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara semak eWallet RM300? Jika layak sila ikuti panduan lengkap cara daftar permohonan di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50 SETIAP BULAN JIKA ANDA LAYAK

KADAR BANTUAN EWALLET 2026

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang akan dikreditkan dalam akaun e-Wallet penerima adalah sebanyak jumlah berikut :

KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
KADAR BAYARAN
SETAHUN
RM300 setiap bulanRM3,600 setahun
*Nota Penting : Bantuan RM300 yang dikreditkan dalam e-Wallet perlu dihabiskan setiap bulan kerana ianya tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.

KEGUNAAN BANTUAN EWALLET 2026

Sebanyak RM300 setiap bulan, Bantuan yang dikreditkan dalam akaun e-Wallet boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan seperti berikut :

  • Barang dapur 🍚
    • (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Lauk basah 🥩
    • (Contoh : Daging, ayam, ikan, sayur-sayuran).
  • Minuman ☕
    • (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin 🥫
    • (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa 🧂
    • (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan 🪥
    • (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan 💊
    • (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan 📝
    • (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah 🪠
    • (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

SEMAK KELAYAKAN EWALLET RM300 2026

Berikut adalah syarat serta kriteria kelayakan penerima Bantuan RM300 dalam e-Wallet :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Umur : Tiada had umur;
  • Status Perkahwinan : Berkahwin / Ibu bapa tunggal;
  • Tanggungan : Sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun;
  • Kadar Pendapatan : Tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Tempat Lahir / Menetap : Di Selangor / menetap lebih 10 tahun.

CARA DAFTAR EWALLET RM300 2025

Jika memenuhi syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan, pemohon boleh mendaftar permohonan Bantuan RM300 dalam e-Wallet secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  10. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  11. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  13. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  15. Permohonan telah berjaya dihantar.
  16. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN UNTUK DAFTAR EWALLET RM300

Untuk mengukuhkan lagi pendaftaran permohonan Bantuan RM300 dalam e-Wallet, pemohon perlu sertakan bersama dokumen sokongan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

RUJUKAN LANJUT

Jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dikreditkan dalam e-Wallet, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib seperti berikut :

2 thoughts on “SEMAK EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK INI CARA DAFTAR”

Leave a Comment