SEMAK DUIT STR FASA 1 2026 : CEK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK

SEMAK DUIT STR FASA 1 2026 : CEK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK

Terkini, duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR telah mula disalurkan kepada pemohon yang berstatus ‘Layak’ melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan bayaran melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula Hari Ini (20 Januari 2026).

Bagaimanakah semak duit STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA 2026 FASA 1 : CEK STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100)

SEMAK DUIT STR FASA 1 2026

Untuk tahu status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 telah dikreditkan atau masih dalam proses, penerima boleh membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status pembayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
    • Bayaran Masih Dalam Proses; atau
    • Bayaran Telah Dikreditkan.
  13. Selesai.

BILANGAN PENERIMA STR FASA 1 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 melibatkan kadar implikasi sehingga RM1.1 billion untuk disalurkan kepada seramai 5 juta penerima yang layak :

KATEGORI
KELAYAKAN
BILANGAN
PENERIMA
KADAR
IMPLIKASI
Isi Rumah B402.7 juta penerimaRM0.8 billion
Isi Rumah M401.0 juta penerimaRM0.1 billion
Warga Emas1.3 juta penerimaRM0.2 billion

JUMLAH DUIT STR FASA 1 2026

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI
KELAYAKAN
JUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2026
Isi Rumah B40Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM400
Lebih 5 anak : RM500
Isi Rumah M40Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM100
3 – 4 anak : RM150
Lebih 5 anak : RM200
Warga EmasRM150

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026

Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 secara berperingkat kepada penerima pada tarikh seperti berikut :

CARA PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Terima bayaran melalui
kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN)
20 Januari 2026 (Selasa)
Terima bayaran melalui
akaun bank penerima /
akaun bank pasangan
Bermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat

INFO LANJUT STR

Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib STR yang rasmi di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment