SEMAK DUIT STR 2026 : JUMLAH YANG AKAN DIBAYAR FASA 2

SEMAK DUIT STR 2026 : JUMLAH YANG AKAN DIBAYAR FASA 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 2 merupakan kesinambungan bantuan tunai kerajaan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Pembayaran bagi Fasa 2 lazimnya melibatkan penerima sedia ada serta pemohon baharu yang telah diluluskan selepas proses semakan dan pengemaskinian maklumat. Bantuan ini diberikan mengikut kategori seperti isi rumah dan warga emas tanpa pasangan, dengan kadar bayaran yang berbeza berdasarkan pendapatan serta bilangan tanggungan.

Bagi Fasa 2 tahun 2026, jumlah bayaran yang diterima adalah bergantung kepada kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, dan biasanya lebih tertumpu kepada penerima kategori isi rumah yang mempunyai tanggungan. Pembayaran akan dibuat sama ada melalui pengkreditan terus ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank. Oleh itu, penerima disarankan untuk menyemak jumlah bayaran STR masing-masing agar tidak terlepas maklumat penting berkaitan bantuan ini.

Bagaimanakah semak duit STR 2026 Fasa 2? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Bagi melayakkan diri untuk menerima duit bantuan STR 2026, pemohon perlu memastikan bahawa mereka mematuhi syarat kelayakan yang digariskan oleh pihak Kementerian Kewangan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi Rumah (STR & SARA)– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
– Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang (SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
– Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

CARA DUIT STR DIBAYAR KEPADA PENERIMA

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan sahaja dikredit masuk ke dalam akaun bank penerima. Namun, ianya dibayar melalui dua (2) cara mengikut kepada jenis-jenis penerima seperti berikut:

BAYARAN UNTUK PENERIMA
ADA AKAUN BANK
BAYARAN UNTUK PENERIMA
TIADA AKAUN BANK
Penerima perlu menunggu
Bantuan Sumbangan Tunai
Rahmah (STR) dikredit masuk
ke dalam akaun bank penerima/pasangan
mengikut nombor akaun
yang didaftarkan
Penerima perlu menuntut
Bantuan Sumbangan Tunai
Rahmah (STR) di kaunter
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat
dengan penerima

TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 2 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dilaksanakan secara berperingkat kepada 5.2 juta penerima yang layak pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANTARIKH BAYARAN DUIT STR 2026
Fasa 2Bermula 10 Mac 2026 (Selasa)
dan secara berperingkat
*Nota: Maksud ‘berperingkat’ adalah akan dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh tiga (3) hingga tujuh (7) hari dari tarikh yang dinyatakan. Pihak kami akan segera mengemas kini tarikh terbabit selepas kerajaan mengeluarkan pekeliling rasmi.

JUMLAH BAYARAN DUIT STR FASA 2 2026

Kerajaan telah menetapkan bahawa jumlah bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang akan dibayar kepada penerima bagi Fasa 2 adalah berbeza mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
DUIT STR FASA 2 2026
Isi Rumah B40RM150 – RM600
Isi Rumah M40RM100 – RM250
Warga EmasRM150
BujangDiganti dengan bayaran SARA: RM50 sebulan

SEMAK STATUS BAYARAN DUIT STR 2026 FASA 2

Untuk tahu sama ada duit bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 2 telah dikreditkan dalam akaun bank atau belum, ikuti cara semak status bayaran yang lengkap seperti di bawah :

LAMAN WEBPUATAN RASMI
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari laman web Sumbangan Tunai Rahmah dengan klik pada pautan rasmi di atas.
  2. Halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Terus klik pada butang [Semak].
  6. Klik [Ya] jika ‘Kata Kunci Keselamatan’ yang dipaparkan betul.
  7. Masukkan Kata Laluan yang betul dan sah.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
    • ‘Dalam Proses Kredit’
    • ‘Telah Dikredit’
    • ‘Gagal Kredit’
  12. Selesai.

*Nota : Bagi status bayaran ‘Gagal Kredit’, penerima perlu menuntut bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

MAKLUMAT LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

1 thought on “SEMAK DUIT STR 2026 : JUMLAH YANG AKAN DIBAYAR FASA 2”

Leave a Comment