SEMAK BAYARAN BANTUAN SKAS FASA 2 2026

SEMAK BAYARAN BANTUAN SKAS FASA 2 2026

Setakat ini penerima yang direkodkan layak menerima bayaran Bantuan SKAS untuk Fasa Pertama (1) adalah seramai 857,814 ribu penerima dan untuk bayaran Fasa Kedua (2) dijangka akan lebih ramai penerima yang layak.

Bagaimanakah semak bayaran Bantuan SKAS Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN OKU – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULANAN

APA ITU BANTUAN SKAS?

Bantuan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu menampung kos perbelanjaan barang keperluan asas rakyat Sarawak yang memerlukan.

Tujuan agihan Bantuan SKAS :

  • Membantu meringankan kos sara hidup rakyat Sarawak.
  • Membantu menampung perbelanjaan keperluan asas harian.
  • sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Sarawak.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SKAS

Setiap kategori (isi rumah, warga emas dan bujang) akan terima bayaran Bantuan SKAS dengan jumlah yang berlainan mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
BAYARAN SETIAP FASAKESELURUHAN
Fasa 1 : RM316
Fasa 2 : RM316
Fasa 3 : RM316
RM950
  • Kategori Warga Emas :
BAYARAN SETIAP FASAKESELURUHAN
Fasa 1 : RM166
Fasa 2 : RM166
Fasa 3 : RM166
RM500
  • Kategori Bujang :
BAYARAN SETIAP FASAKESELURUHAN
Fasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM100
Fasa 3 : RM100
RM300

PLATFORM BAYARAN BANTUAN SKAS

Supaya rakyat Sawarak menerima bayaran Bantuan SKAS tanpa sebarang ketirisan, Kerajaan menyediakan hanya satu (1) platform, iaitu melalui :

CARA BAYARANPLATFORM
Pengkreditan tanpa tunai
(cashless)
secara baucar digital
Akaun e-Wallet
(Aplikasi S Pay Global)
*Nota : Penerima hanya perlu membuat imbasan kod QR untuk pengesahan bayaran barang keperluan asas bagi setiap transaksi pembelian.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SKAS

Bantuan SKAS tidak dibayar secara sekaligus, sebaliknya dibayar secara berperingkat melalui tiga (3) fasa mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARANSTATUS KREDIT
Fasa 110 Mac 2026 (Selasa)✅ Telah dikreditkan
Fasa 215 Mei 2026 (Jumaat)🔜 Bakal dikreditkan
Fasa 310 November 2026 (Selasa)🔜 Bakal dikreditkan

SEMAK BAYARAN BANTUAN SKAS

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan SKAS, sila semak di laman sesawang yang rasmi seperti di bawah :

  1. Layari laman sesawang rasmi SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821.
  2. Halaman utama SKAS Sarawak akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bawah sehingga ke butang [Semakan Kelayakan].
  4. Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
  5. Masukkan Nombor MyKad* pemohon.
    • *tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900330112345.
  6. Klik pada butang [Cari].
  7. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SKAS Sarawak akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
  • Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
  • E-mel SKAS Sarawak : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.

Leave a Comment