SEMAK BAYARAN BANTUAN DALAM IC FASA DISEMBER 2025 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA DUIT SARA TERAKHIR TAHUN INI
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini memasuki Fasa terakhir pembayaran yang telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Penerima boleh menebus barangan asas yang diperlukan sebelum program bantuan tamat.
Bagaimanakah semak bayaran bantuan dalam ic fasa disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BILAKAH TARIKH SEMAK STATUS STR 2026 : UNTUK ANDA LAYAK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1
BANTUAN DALAM IC 2025
Jadual pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH MULA PROGRAM | TARIKH AKHIR PROGRAM |
|---|---|---|
| SARA EKASIH (STR & EKASIH) | 15 Januari 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH (SARA STR) | 1 April 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
KADAR BAYARAN BANTUAN DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 yang dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
Catatan : Pembayaran akhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 telah disalurkan ke dalam MyKad penerima pada 1 Disember 2025 (Isnin).
Baki atau kredit bantuan yang tidak digunakan atau dibelanjakan oleh penerima sebelum tarikh akhir, tidak lagi akan di bawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Status dan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SEMAK SENARAI BARANG LULUS BAYARAN GUNA BANTUAN DALAM IC
Antara kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan IC adalah seperti berikut :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
CARA GUNA KREDIT BANTUAN DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara