SEMAK BARANG MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI telah menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM13 billion akan disalurkan kepada golongan sasar B40 dan M40 melalui Program Bantuan MyKasih supaya dapat memenuhi barangan keperluan asas pada setiap bulan.
Apakah barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan Bantuan MyKasih? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK BARANG MYKASIH 2025
Bukan semua barang keperluan boleh dibeli dengan menggunakan MyKasih. Hanya barang-barang yang disenaraikan sahaja boleh dibeli. Berikut merupakan senarai barang keperluan asas yang boleh dibeli guna Bantuan MyKasih :
KATEGORI BARANG | SENARAI JENAMA LULUS |
---|---|
Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya. |
Telur | Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya. |
Minyak masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya. |
Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya. |
Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya. |
Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya. |
Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya. |
Makanan Dalam Tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya. |
Bahan Perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya. |
Ubat-ubatan | Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya. |
Produk Kebersihan diri | Colgate / Dettol / Kotex / Dove dan sebagainya. |
Produk Kebersihan rumah | Top / Daia / Sunlight / Ajax dan sebagainya. |
Alatan sekolah | Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya. |
CARA BELI BARANG MYKASIH
Penerima boleh membeli barang keperluan asas dengan mudah menggunakan MyKad sahaja. Berikut merupakan cara beli barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Pergi ke kaunter yang menerima bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan juruwang akan mengesahkan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SEMAK SENARAI KEDAI MYKASIH
Terdapat lebih 7,300 kedai runcit dan pasar raya yang berdaftar boleh membuat pembelian barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih. Berikut merupakan kedai yang boleh guna MyKasih :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
*Kedai yang menerima bayaran MyKasih akan memaparkan banting ‘Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) Di Sini’
TEMPOH BELI BARANG MYKASIH 2025
Selagi Bantuan MyKasih ada dalam MyKad penerima, ianya masih boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas. Namun mengikut tempoh sah laku seperti berikut :
JENIS PENERIMAAN | TEMPOH SAH BELI BARANG MYKASIH |
---|---|
Setiap bulan | Penerima Miskin boleh guna selama 12 bulan (Januari – Disember) Dan Penerima Asas boleh guna selama 9 bulan (April – Disember) |
Sekaligus (One-off) | Semua penerima boleh guna selama 5 bulan (Ogos – Disember) |
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan MyKasih :
- Boleh beli barang selain senarai yang ditetapkan?
- Tidak, hanya barangan asas yang diluluskan sahaja.
- Bagaimana kalau MyKad rosak?
- Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada pihak MyKasih.
- Adakah baki kredit MyKasih boleh dibawa ke bulan seterusnya?
- Ya. Baki kredit MyKasih akan dibawa ke bulan seterusnya, namun ia tidak boleh dipindah ke dalam MyKad lain.
- Bolehkan penerima membeli barang menggunakan MyKasih di negeri lain?
- Ya, asalkan kedai tersebut tersenarai sebagai rakan niaga MyKasih yang sah, walaupun berada di negeri berbeza.
- Apa yang perlu dibuat jika transaksi MyKad gagal di kedai?
- Penerima perlu semak status MyKad di portal MyKasih atau hubungi talian khidmat pelanggan MyKasih untuk pengesahan teknikal.
INFO LANJUT
Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]