SEMAK BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kini dibuka, membolehkan individu yang memenuhi syarat kelayakan membuat permohonan, manakala penerima STR sedia ada membuat semakan status kelayakan sama ada layak atau tidak sebagai penerima 2026.
Bagaimanakah semak bantuan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR FASA 4 MAYBANK : BILA MASUK?
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Kelayakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
Bujang | – |
Catatan : STR Kategori Bujang akan digantikan dengan pemberian SARA 2026
SEMAK BANTUAN STR 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
BELUM ADA AKAUN? DAFTAR MYSTR 2026
Panduan lengkap Register akaun baharu untuk penerima sedia ada dan penerima baharu di Portal MySTR 2026 adalah seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
LOGIN PORTAL BANTUAN STR 2026
Panduan lengkap cara login portal MySTR untuk semakan status kelayakan, bayaran, kemas kini maklumat seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bila boleh semak status STR 2026?
- Semakan status STR 2026, boleh dilakukan bila-bila masa. Untuk pemohon baharu, semakan boleh dilakukan setelah beberapa minggu permohonan dilaksanakan, dan penerima sedia ada boleh membuat semakan setelah pembayaran STR dilaksanakan.
- Adakah perlu mohon STR 2026 jika telah menerima STR 2025?
- Tidak. Kelayakan secara automatik jika anda penerima STR 2025. Namun, jika terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi, kemas kini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Berapakah kadar bayaran STR 2026?
- Jumlah bayaran STR 2026 bermula RM700 sehingga RM2,200. Bayaran akan disalurkan mengikut kategori dan kelayakan penerima.
- Bagaimanakah jika semakan status menunjukkan ‘Tidak Layak’?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan, anda boleh membuat rayuan atau kemas kini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan.
- Di manakah penerima boleh mendapatkan maklumat terkini STR 2026?
- Maklumat terkini mengenai STR 2026 boleh didapati di Portal Rasmi STR 2026 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]