SEMAK BANTUAN SABAH RM900 : CHECK ANDA LAYAK ATAU TIDAK SYUKUR FASA 3 2025

SEMAK BANTUAN SABAH RM900 : CHECK ANDA LAYAK ATAU TIDAK SYUKUR FASA 3 2025

Penduduk di Negeri Sabah yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar memiliki jumlah yag tertinggi dalam rekod kemiskinan di Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah dalam program pembasmian kemiskinan mewujudkan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta pada tahun ini.

Ketahui sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 melalui panduan semakan di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BARANG LAYAK MYKASIH : CARA SEMAK & SCAN BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

SEMAK BANTUAN SABAH RM900

SIAPA YANG LAYAK?

Bantuan SYUKUR Sabah adalah terhad kepada 100,000 ribu rakyat Negeri Sabah yang memenuhi syarat dan kritria kelayakan seperti berikut :

SYARAT KELAYAKANKRITERIA PENERIMA
WarganegaraMalaysia
StatusKetua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)
Had umur18 tahun dan ke atas
Kadar PendapatanBawah garis kemiskinan semasa (PGK)
Kediaman & MastautinPenduduk Sabah atau
Bermastautin di Sabah lebih 1 tahun

CARA BAYARAN BANTUAN SABAH RM900

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara bayaran Bantuan Sabah RM900 kepada penerima, iaitu seperti berikut :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  • Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.

TARIKH & JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH RM900

Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan pihak Kerajaan Negeri Sabah. Berikut merupakan tarikh dan jadual bayaran 2025 :

PELAKSANAAN FASATARIKH BAYARANKADAR BANTUAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
Februari 2025RM900
Fasa 2
(April – Jun)
April – Mei 2025RM900
Fasa 3
(Julai – September)
Ogos – September 2025RM900
Fasa 4
(Oktober – Disember)
Oktober 2025RM900

SEMAK BANTUAN SABAH RM900

Berikut adalah cara mudah untk semak status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah RM900 melalui Portal Rasmi PADANS :

  1. Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH

Berikut merupakan soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah :

  1. Adakah Bantuan SYUKUR Sabah dikreditkan sekaligus?
    • Bantuan SYUKUR Sabah dikreditkan secara berperingkat setiap 3 bulan.
  2. Bila tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025?
    • Bayaran Fasa 3 dijangka bermula pada Ogos 2025 dan diagihkan secara berperingkat sehingga September dan akan dimaklumkan kepada penerima melalui pesanan SMS.
  3. Bolehkah penerima yang tiada akaun bank mendapatkan Bantuan SYUKUR Sabah melalui aplikasi e-Wallet?
    • Ya, penerima perlu muat turun aplikasi YONO Superapp dan mohon Bantuan SYUKUR Sabah masuk dalam aplikasi e-Wallet tersebut.
  4. Adakah Bantuan SYUKUR Sabah digunakan untuk beli barang dapur dan bayar bil utiliti?
    • Ya boleh. Penerima boleh gunakan Bantuan SYUKUR Sabah untuk penuhi keperluan asas dan bayar bil utiliti.
  5. Bolehkah gologan bujang mohon Bantuan SYUKUR Sabah?
    • Ya boleh, sekiranya memenuhi syarat dan kriteria kelayakan.

INFO LANJUT

Semua informasi berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Untuk info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment