SEMAK BANTUAN OKU – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULANAN

SEMAK BANTUAN OKU – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULANAN

Orang Kurang Upaya (OKU) pastinya memerlukan sumbangan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Oleh itu, Kerajaan memberi peruntukan untuk disalurkan secara bulanan kepada rakyat OKU melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran Bantuan OKU? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SUBSIDI MINYAK RON95 : KELAYAKAN PENERIMA & BAKI KUOTA

SENARAI BANTUAN OKU

Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Orang Kurang Upaya (OKU) antaranya adalah :

  • Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
    • Elaun ini diberikan sebagai insentif kepada pekerja OKU agar terus bekerja, mampu berdikari dan produktif.
  • Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Bekerja (BTB) :
    • Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
    • Menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
  • Bantuan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) :
    • Meringankan bebanan keluarga/ penjaga/ pesakit.
    • Mengekalkan pesakit OKU terlantar hidup dalam keluarga dan masyarakat.
    • Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN OKU

Setiap jenis bantuan yang disediakan, akan dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti berikut :

JENIS BANTUAN OKUJUMLAH BAYARAN
Bantuan EPOKURM450 seorang
(setiap bulan)
Bantuan BTBRM300 seorang
(setiap bulan)
Bantuan BPTRM500 seorang
(setiap bulan)

CARA BAYARAN BANTUAN OKU

Cara bayaran Bantuan OKU pula diberikan mengikut kepada keadaan penerima seperti berikut :

KEADAAN PENERIMACARA BAYARAN
Penerima ada akaun bankBayaran secara pengkreditan
tunai terus ke dalam akaun
bank penerima / penjaga
Penerima tiada akaun bankBayaran secara tunai di kaunter
Pejabat JKM
atau
di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN)

KRITERIA PENERIMA BANTUAN OKU

Namun, setiap Bantuan OKU terhad kepada yang menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima Bantuan EPOKU :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 16 tahun dan ke atas;
    • Bukan penuntut mana-mana institusi pendidikan;
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM;
    • Pendapatan minimum RM1,000 hingga RM1,700 sebulan.
  • Kelayakan Penerima Bantuan BTB :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 16 hingga 59 tahun;
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM;
    • Terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Kelayakan Penerima Bantuan BPT :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM;
    • Memerlukan penjagaan rapi;
    • Pendapatan penjaga tidak melebihi RM5,000 sebulan.

SEMAK BANTUAN OKU

Bagi yang telah kemukakan permohonan salah satu Bantuan OKU (EPOKU / BTB / BPT), status kelayakan boleh disemak melalui laman web rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi eBantuan JKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Halaman utama eBantuan JKM akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Klik pada butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan permohonan Bantuan OKU (EPOKU / BTB / BPT) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

INFO LANJUT

Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan.

Leave a Comment