SEMAK BANTUAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan MyKasih SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan bersasar yang dikreditkan tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan sekolah.
Bagaimanakah semak Bantuan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL BAYARAN FASA 2 STR : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Terdapat dua (2) kriteria penerima Bantuan MyKasih SARA pada tahun 2025 :
- SARA e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Setiap kategori akan menerima amaun Bantuan MyKasih SARA yang berbeza seperti berikut :
- Penerima SARA e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN SARA 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun |
BUJANG | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- Penerima SARA Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN SARA 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
BUJANG | – |
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih SARA adalah dijadualkan pada tarikh berikut :
TARIKH KREDIT PENERIMA SARA E-KASIH | TARIKH KREDIT PENERIMA SARA BUKAN E-KASIH |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAK BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih SARA seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.