SEMAK BANTUAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS SAMA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Berdasarkan rekod terkini, dari 5.4 juta individu yang terpilih layak menerima Bantuan MyKasih, kira-kira hanya seramai 3.9 juta penerima sahaja yang telah menggunakannya untuk pembelian di lebih 1,200 kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semak Bantuan MyKasih online terkini? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CHECK STATUS ONLINE KELAYAKAN PENERIMA
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH TERKINI 2025
Berikut merupakan bilangan penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih dari tahun 2023 sehingga 2025 :
TAHUN PELAKSANAAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2023 | 200,000 ribu penerima status Miskin Tegar |
2024 | 700,000 ribu penerima status Miskin dan Miskin Tegar |
2025 (Terkini) | 5.4 juta penerima status Miskin, Miskin Tegar dan Bukan Miskin |
SEMAK BANTUAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2025
Panduan Semakan Status Bantuan MyKasih Online :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Bayaran Bantuan MyKasih Online :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH TERKINI 2025
Setiap penerima kan menerima kadar bayaran Bantuan MyKasih yang berbeza seperti berikut :
- Penerima Status Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH TERKINI |
---|---|
Isi Rumah | RM100 – RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun |
Warga Emas | RM100 – RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun |
Bujang | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
- Penerima Status Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH TERKINI |
---|---|
Isi Rumah | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
Warga Emas | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
Bujang | – |
KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH TERKINI 2025
Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas seperti :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/