SEMAK BANTUAN EWALLET 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bukan semua rakyat Malaysia layak untuk menerima pengkreditan Bantuan eWallet kerana ianya diberikan terhad kepada rakyat tertentu sahaja melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Bagaimanakah cara semak Bantuan eWallet 2026? Ikuti cara semakan lebih lanjut di bawah.
JUMLAH BANTUAN EWALLET DIKREDITKAN 2026
Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun e-Wallet penerima yang layak dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM300 setiap bulan sehingga jumlah penuh sebanyak RM3,600 setahun.
Melalui pengkreditan tersebut, penerima perlu menghabiskannya setiap bulan untuk beli barang-barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, produk kesihatan, alatan pendidikan dan sebagainya.
PROSES KREDIT BANTUAN EWALLET 2026
Pengkreditan Bantuan eWallet adalah melalui proses seperti berikut :
- Pemohon menghantar permohonan π
- Status pemohon disahkan ‘Lulus’ β
- Pemohon muat turun aplikasi Selangkah & daftar akaun e-Walletπ±
- Bantuan dikreditkan dalam e-Wallet π°
- Penerima perlu menggunakan untuk beli barang keperluan πΈ
SYARAT PENERIMA BANTUAN EWALLET 2026
Penerima Bantuan eWallet dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin atau ibu / bapa tunggal;
- Mempunyai anak / tanggungan sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun;
- Kadar pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lahir atau menetap di Negeri Selangor lebih 10 tahun;
- Merupakan pengundi berdaftar di Selangor.
CARA SEMAK BANTUAN EWALLET 2026
Hanya individu yang menghantar permohonan sahaja boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan eWallet seperti berikut :
- Muat turun aplikasi βSelangkahβ dalam telefon pintar melalui :
- App Store (pengguna iPhone); atau
- Play Store (pengguna Android); atau
- App Gallery (pengguna Huawei).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN EWALLET
- Bilakah tarikh permohonan Bantuan eWallet BINGKAS akan dibuka untuk tahun 2026?
- Permohonan Bantuan eWallet BINGKAS telah dibuka bermula 1 November 2025.
- Berapa lamakah proses permohonan Bantuan eWallet BINGKAS?
- Lazimnya permohonan Bantuan eWallet BINGKAS akan diproses selama 3 bulan.
- Adakah Bantuan eWallet BINGKAS dikreditkan pada setiap bulan?
- Ya, Bantuan BINGKAS akan dikreditkan setiap bulan secara automatik ke dalam akaun e-Wallet penerima.
- Bagaimanakah jika penerima tidak habis menggunakan bantuan dalam eWallet?
- Baki yang tidak habis digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
- Adakah hanya rakyat Selangor sahaja layak memohon Bantuan eWallet BINGKAS?
- Ya, hanya rakyat yang lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun sahaja layak memohon.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami berkongsikan maklumat berkaitan Bantuan BINGKAS ini adalah untuk memudahkan carian dan kefahaman orang awam. Namun, untuk rujukan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Portal Rasmi : https://bingkasselangor.com/.
- Laman Pertanyaan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.