SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Barangan asas dapur amatlah penting bagi setiap masyarakat untuk kelangsungan hidup. Namun, segelintir masyarakat terutamanya di Malaysia yang kurang berkemampuan untuk membeli barang dapur. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan barang dapur, Kerajaan mewujudkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah.

Bagaimanakah semak Bantuan Barang Dapur? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Berikut merupakan senarai Bantuan Barang Dapur yang boleh dibeli :

  • Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin :
    • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Terkini, bayaran Bantuan Barang Dapur yang baru sahaja dimasukkan pada bulan ini kepada penerima yang layak adalah seperti tarikh berikut :

  • Bermula 01 Mei 2025, Khamis.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Jumlah bayaran Bantuan Barang Dapur adalah berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • RM200 bagi isi rumah STR yang daftar e-Kasih.
    • RM100 bagi isi rumah STR yang bukan e-Kasih.
  • Kategori Bujang :
    • RM50 bagi bujang STR yang daftar e-Kasih.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150 bagi warga emas STR yang daftar e-Kasih.
    • RM50 bagi warga emas STR bukan e-Kasih.

SEMAK BAYARAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Oleh kerana bayaran Bantuan Barang Dapur kepada penerima dilakukan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan, penerima perlu membuat semakan bayaran secara online seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Barang Dapur, semakan status perlu dilakukan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Hanya individu yang disahkan kelayakan sahaja boleh tebus Bantuan Barang Dapur seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai terpilih yang berdekatan (rujuk kedai terpilih di sini).
  2. Seterusnya, pilih barang dapur yang ingin dibeli berdasarkan label yang dibenarkan.
  3. Di kaunter bayaran, berikan kad pengenalan diri kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan dapur yang dipilih.
  5. Pembayaran adalah secara tanpa tunai dengan menggunakan kad pengenalan diri penerima.
  6. Transaksi akan disahkan dan resit akan diberikan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment