SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sesi bayaran Bantuan Asas Rahmah yang kedua (2) telah mula dilaksanakan kepada 5.4 juta penerima sedia ada dan penerima baharu yang disahkan status kelayakan merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan juga bujang.
Bagaimanakah semak Bantuan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JADUAL BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Pembayaran Bantuan Asas Rahmah adalah secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN SESI 1 JANUARI – MAC 2025 | BAYARAN SESI 2 APRIL – DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah Daftar e-Kasih | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
Isi Rumah Bukan e-Kasih | – | RM100 sebulan |
Warga Emas Daftar e-Kasih | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
Warga Emas Bukan e-Kasih | – | RM50 sebulan |
Bujang Daftar e-Kasih | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
SYARAT PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Penerima Bantuan Asas Rahmah bagi tahun 2025, dibahagikan kepada dua (2) syarat, iaitu :
- Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Peningkatan penerima Bantuan Asas Rahmah bagi tahun 2025 adalah sebanyak 75 peratus (%) iaitu bersamaan seramai 4.7 juta penerima baharu yang bukan berdaftar e-Kasih beserta 0.7 juta penerima sedia ada yang berdaftar e-Kasih, menjadikan keseluruhan penerima adalah seramai 5.4 juta penerima.
SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan Asas Rahmah.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.