SEMAK BAKI MYKASIH 2025 SECARA ONLINE
Seperti yang sedia maklum, bahawa baki Bantuan MyKasih tahun ini yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima perlu digunakan sepenuhnya untuk beli apa sahaja keperluan. Sekiranya baki tersebut tidak dihabiskan, ianya tidak akan dibawa dan tidak boleh digunakan untuk tahun berikutnya.
Baki MyKasih yang masih ada atau belum digunakan boleh disemak secara online dengan mudah mengikut panduan yang kami sediakan di bawah.
BACA JUGA : SARA 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
TARIKH KREDIT MYKASIH 2025
Kerajaan mengkreditan Bantuan MyKasih melalui dua (2) jenis bayaran, iaitu setiap bulan dan one-off pada tarikh-tarikh yang berbeza seperti berikut :
JENIS BAYARAN | TARIKH KREDIT |
---|---|
Bayaran Setiap Bulan | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Bayaran One-off | 31 Ogos 2025 |

TEMPOH SAH BAKI MYKASIH 2025
Kesemua penerima yang layak menerima bayaran Bantuan MyKasih sama ada setiap bulan atau sekaligus (one-off) boleh menggunakan bantuan tersebut bermula pada tarikh yang dikreditkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sebelum tamat tempoh sah pada 31 Disember 2025 (Rabu).
*Nota : Baki yang tidak habis digunakan sebelum 31 Disember 2025 (Rabu), akan ditarik balik dari MyKad dan tidak akan dibawa ke tahun berikutnya (2026).
SEMAK BAKI MYKASIH 2025 SECARA ONLINE
Seramai 22 juta penerima (setiap bulan dan one-off) boleh menyemak baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad secara online sahaja melalui aplikasi seperti panduan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu :
- [Penghargaan SARA One-Off] dan
- [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Selamat Datang Ke Aplikasi MyKasih’.
- Tandakan pada ‘Saya telah membaca dan bersetuju denga Terma Akses dan Notis Privasi’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [TERUSKAN].
- Klik pada butang [Semak Kelayakan & Baki].
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
- Tandakan [/] pada ‘Verify you are human‘.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status dan baki MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH KREDIT MYKASIH 2025
Seramai 5.4 juta penerima sedia ada layak menerima pengkreditan Bantuan MyKasih pada setiap bulan dengan jumlah antara RM50 sehingga RM200 (tertakluk kategori dan kelayakan penerima) seperti berikut :
PENERIMA MISKIN | PENERIMA ASAS |
---|---|
Isi Rumah : RM200 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan |
Warga Emas : RM150 sebulan | Warga Emas : RM50 sebulan |
Bujang : RM50 sebulan | Bujang : 0 |
Seramai 22 juta rakyat dewasa termasuk 5.4 juta penerima sedia ada layak untuk menerima pengkreditan Bantuan MyKasih secara one-off dengan jumlah sebanyak RM100 setiap seorang.
KEGUNAN BAKI BANTUAN MYKASIH 2025
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad penerima boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan. Antara barang keperluan yang boleh dibeli adalah :
- 🛒Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- ☕Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- 🥫Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- 🧂Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- 🧼Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- 💉Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- ✏️Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- 🧻Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
CARA GUNA BAKI MYKASIH 2025
Sekiranya Bantuan MyKasih belum digunakan atau lebihan baki sebanyak RM100 yang ada dalam MyKad boleh digunakan sepenuhnya mengikut cara berikut :
- Kunjungi pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang terpilih MyKasih.
- Pilih barang keperluan yang anda inginkan (berjumlah sehingga RM100).
- Pergi ke kaunter MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan.
- Juruwang akan imbas semua barang yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan guna MyKad.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
*Sekiranya baki MyKasih digunakan sepenuhnya pada pembelian tersebut, tiada lagi baki yang ada dalam MyKad anda.
MAKLUMAT LANJUT
Perkongsian dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan ditulis semula untuk memudahkan carian berkaitan “Cara Semak Baki MyKasih”. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak MyKasih seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]