SARA UNTUK SEMUA SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100 ONE OFF 2025
Hanya sekaligus sahaja Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) Untuk Semua akan disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan MADANI.
Bagaimanakah SARA Untuk Semua semakan kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH CARA SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN
KRITERIA KELAYAKAN SARA UNTUK SEMUA
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA Untuk Semua :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
SARA UNTUK SEMUA SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
Ikuti cara semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Untuk Semua seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua akan dipaparkan.
- Selesai.
*Peringatan : Sebarang semakan kelayakan berhubung dengan SARA Untuk Semua hanya boleh disemak bermula 21 Ogos 2025.
TARIKH PENYALURAN SARA UNTUK SEMUA
Bersempena Hari Kebangsaan Malaysia (Merdeka) yang ke-68, Kerajaan MADANI akan menyalurkan Bantuan SARA Untuk Semua bermula pada 31 Ogos 2025 (Ahad) kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia.
KAEDAH PENYALURAN SARA UNTUK SEMUA
Penyaluran Bantuan SARA Untuk Semua adalah dilaksanakan melalui kaedah yang sama iaitu disalurkan secara tanpa tunai (cashless) automatik terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk perbelanjaan barangan keperluan asas.
JUMLAH PENYALURAN SARA UNTUK SEMUA
Semua 22 juta rakyat yang disahkan ‘Layak’ akan menerima penyaluran Bantuan SARA Untuk Semua sebanyak RM100 sekaligus (one-off) dan perlu digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sebelum pada 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di talian berikut :
Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.