SARA RM100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan inisiatif penghargaan untuk rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan akan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 disalurkan secara one-off (sekaligus).
Bagaimanakah semakan status penerima SARA RM100 one off? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : MOHON MYKASIH (2025 DAFTAR ONLINE)
SARA RM100 ONE OFF 2025
Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah bantuan tambahan yang disalurkan menerusi kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 ONE OFF 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 disalurkan secara one-off (sekaligus) khas kepada yang berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
TARIKH PENYALURAN SARA RM100 ONE OFF 2025
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) dilaksanakan pada tarikh berikut :
TARIKH PENYALURAN SARA ONE OFF |
---|
31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA RM100 ONE OFF 2025
Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://mykasih.com.my |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di atas.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Contoh : 93XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.