SARA RM100 CHECK STATUS : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SARA RM100 CHECK STATUS : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sebagai tanda penghargaan kepada rakyat, Kerajaan MADANI memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat dewasa dengan kadar sebanyak RM100 setiap seorang dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

Bagaimanakah check status SARA RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH PENERIMAAN SARA RM100

Penerimaan Bantuan SARA RM100 adalah secara serentak pada tarikh :

BAYARAN MELALUITARIKH PENERIMAAN SARA
Secara tanpa tunai dalam
Kad Pengenalan (MyKad)
31 Ogos 2025, Ahad
(Sempena Hari Kebangsaan)

KRITERIA PENERIMA SARA RM100

Bantuan SARA RM100 akan disalurkan kepada rakyat yang menepati kriteria berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 18 tahun dan ke atas;
  • Tiada had pendapatan.

SARA RM100 CHECK STATUS

Check status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA melalui pautan berikut :

  1. Halaman utama Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 830230112345.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SARA RM100 CHECK STATUS BAKI

Check status bayaran dan baki Bantuan SARA dalam MyKad adalah seperti panduan berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment