SARA RM100 ONE OFF : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Satu bantuan secara one-off (sekali bayaran) di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan pada 31 Ogos dan akan memanfaatkan hampir 22 juta rakyat Malaysia dengan kadar peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara rm100? Ikuti Info lanjut disini.
SIAPAKAH LAYAK SARA RM100 ONE OFF
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA one-off (sekaligus) RM100 seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima tanpa sebarang permohonan diperlukan.
MANFAAT SARA RM100 ONE OFF
Bantuan one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan disalurkan ke MyKad penerima khusus digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.
TARIKH KREDIT BAYARAN SARA RM100 ONE OFF
Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan pada Hari Kebangsaan iaitu pada 31 Ogos 2025 (Ahad) boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA RM100 ONE OFF
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT SARA RM100 ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara