SARA RAHMAH UNTUK SEMUA 2025 : (RM100 ONE OFF) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan akan menerima RM100 secara one-off melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 31 Ogos 2025, yang dikreditkan secara automatik.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak sara rahmah untuk semua rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 100 MADANI 2025 : (SARA ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
APA ITU SARA RAHMAH UNTUK SEMUA
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025, Kerajaan akan menyediakan bantuan secara one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA PELAKSANAAN SARA RAHMAH UNTUK SEMUA
Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik untuk membeli lebih daripada 90,000 barangan keperluan asas yang diluluskan termasuk makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis yang berdaftar di seluruh Negara.
TARIKH PELAKSANAAN SARA RAHMAH UNTUK SEMUA
Bantuan RM100 one-off akan dikreditkan terus ke MyKad penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad), dan boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA RAHMAH UNTUK SEMUA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT SARA RAHMAH
Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara