SARA ONE OFF SEMAKAN 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA ONE OFF SEMAKAN 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Hampir 22 juta rakyat dewasa Malaysia, tanpa mengira status pendapatan bakal menerima bantuan one-off RM100 yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah semakan layak atau tidak sara one off 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SARA SEMAKAN : (2025 ONLINE) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SIAPAKAH LAYAK MENERIMA SARA ONE OFF

Syarat kelayakan penerima SARA ONE-OFF RM100 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF (sekali bayaran) akan disalurkan secara automatik kepada penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

TARIKH PELAKSANAAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA ONE OFF 2025

Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih bermula 21 Ogos 2025, seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Status Penerima dan Maklumat Bayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

MANFAAT PELAKSANAAN SARA ONE OFF

Pengkreditan SARA ONE-OFF RM100 ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan bagi memenuhi keperluan harian seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan, di lebih 4,100 premis berdaftar diseluruh Negara.

TEMPOH SAH KREDIT SARA ONE OFF

Kredit SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN CARA TEBUS DUIT SARA ONE OFF

Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  6. Selesai.

SEMAKAN BAKI DUIT SARA ONE OFF DALAM MYKAD

Terdapat tiga (3) cara mudah untuk menyemak baki bayaran Bantuan SARA One-off :

Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Semak Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :

  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  4. Selesai.

Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :

  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
  3. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment