SARA ONE OFF RM100 SEMAKAN : (2025) CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SARA ONE OFF RM100 SEMAKAN : (2025) CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, bantuan one-off RM100 di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), akan dilaksanakan dan disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara one off rm100? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BILA BAYAR DUIT STR FASA 3 : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK SARA ONE OFF RM100

Syarat kelayakan penerima SARA one-off (sekali bayaran) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berusia 18 tahun ke atas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekali bayaran) akan diberikan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

KEGUNAAN DUIT SARA ONE OFF RM100

Bantuan SARA yang diberikan secara one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk membeli 90,000 jenis barangan keperluan asas yang diluluskan seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan pembayaran menggunakan MyKad.

TARIKH PENYALURAN DUIT SARA ONE OFF RM100

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan pada 31 Ogos 2025 (Ahad) iaitu Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).

CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SARA ONE OFF RM100

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA GUNA DUIT SARA ONE OFF RM100

Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment