SARA ONE OFF 100 : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

SARA ONE OFF 100 : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan secara one-off di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan sara one off rm 100? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : FASA 2 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK BAYARAN SARA ONE OFF RM 100

Syarat kelayakan penerima SARA one-off (sekali bayaran) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Setiap individu berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekali bayaran) akan diberikan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

MANFAAT PELAKSANAAN SARA ONE OFF RM 100

Pelaksanaan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) membolehkan penerima untuk membeli atau mendapatkan 90,000 jenis barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara dengan pembayaran menggunakan MyKad (kredit SARA).

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF RM 100

Status Kelayakan SARA untuk semua (one-off) boleh disemak secara online bermula 21 Ogos 2025, seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM 100

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA TEBUS SARA ONE OFF RM 100

Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment