SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada April 2025 melalui MyKad membolehkan semua penerima STR Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan turut menerima bantuan SARA sebagai bantuan tambahan secara bulanan untuk keperluan asas.

Bagaimanakah semak status kelayakan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYSARA SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)

MANFAAT KREDIT SARA MYKASIH 2025

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit bulanan melalui MyKad khusus untuk membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan dan barangan kebersihan rumah di pasar raya atau kedai runcit berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima SARA EKASIH (PENERIMA SEDIA ADA)
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima SARA BUKAN EKASIH (PENERIMA BAHARU)
    • Bukan penerima eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan;

KADAR PENGKREDITAN SARA MYKASIH 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada
PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM2,100 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM1,650 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
(RM600 Setahun)
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Baharu
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM900 Setahun)
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM450 Setahun)
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025 ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

1 thought on “SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

  1. ASSALAMUALAIKUM TUAN
    AKU PELUKIS BATIK LUKIS PAINTING ON SILK FABRIC
    DULU MENYEWA DI KOMPLEKS KRAFT KUALA LUMPUR JLN CONLAY KL DAH BALIK KG HALAMAN KU DI SABAH.

    LUKISAN BATIK KU BERSIZE 4X9KAKI
    ADA DI BILIK TETAMU PERDANA MENTERI MALAYSIA DI PUTRAJAYA
    .LUKISAN ITU AKU JUAL RM3K TANPA FRAME MRK MINTA KURANG DAN.MRK MENAWARKAN HARGA RM600.00

    SKRG AKU DI KG TIADA RUMAH TETAPI HIDUP MENUMPANG DI RUMAH SAUDARA..AKU MENUNTUT ROYALTY DI ÁTAS LUKISAN ITU SEBANYAK RM10,000,000.00

    ADALAH TIDAK PATUT BEGITU MURAH LUKISAN DI BILIK TETAMU PERDANA MENTERI

    AKU KE.SANA HARI ITU PUN UTK BERGAMBAR TERLALU BYK PROCEDURE NYA

    AKU LUPAKAN NAK BERGAMBAR UTK PROFILE AKU TAPI AKU NAK TUNTUT ROYALTY SEBANYAK SEPULUH JUTA
    SILA PENUHI TUNTUTAN SAYA

    KUN FAYAH KUN

    WALAIKUMSALAM

    JON BAGUL /ABDUL LATIF MAGIT
    BORNEO

    Reply

Leave a Comment