SARA MY KASIH SEMAKAN STATUS BAYARAN DALAM IC
Setiap penerima yang berstatus lulus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima pengkreditan bantuan setiap bulan secara automatik melalui IC (Kad Pengenalan) masing-masing, khus untuk perbelanjaan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status bayaran sara my kasih dalam IC? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN SARA BULANAN : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN SARA MY KASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
TEMPOH PELAKSANAAN SARA MY KASIH
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh digunakan dalam tempoh masa berikut :
| TEMPOH SAH/PELAKSANAAN | TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR (TARIKH LUPUT) |
|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
KADAR KELAYAKAN SARA MY KASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan setiap bulan (12 bulan) kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
JADUAL BAYARAN SARA MY KASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan setiap bulan (12 bulan) seperti berikut :
| BULAN PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/3036 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA MY KASIH
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semak Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
Cara Semak Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN SARA MY KASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan setiap bulan (12 bulan) melalui kaedah seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa Tunai (cashless) | MyKad / IC (Kad Pengenalan) |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026