SARA EKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN DALAM IC RM200 SETIAP BULAN
IC iaitu Kad Pengenalan diri rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) diguna pakai sebagai kad untuk menerima bayaran Bantuan SARA setiap bulan. Bagi yang layak dan tersenarai dalam rekod data eKasih akan terima kadar bayaran lebih tinggi.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak dapat SARA eKasih 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOGIN MYSTR 2026 : SEMAKAN, TARIKH BAYAR, JUMLAH BANTUAN STR FASA 1
APA ITU SARA EKASIH?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan kepada rakyat yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan mereka yang tersenarai dalam rekod data eKasih akan menerima kadar yang lebih tinggi berbanding yang tidak tersenarai.
EKasih pula merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang merekodkan data Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) yang layak menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
KADAR BANTUAN SARA EKASIH 2026
Kadar pembayaran Bantuan SARA kepada penerima yang mendaftar eKasih dan penerima yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih mempunyai perbezaan yang jauh seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA DAFTAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
TARIKH KREDIT SARA EKASIH
Kerajaan akan melaksanakan pengkreditan Bantuan SARA sebulan sekali bermula dari bulan Januari hingga Disember mengikut pada tarikh-tarikh yang ditetapkan kepada semua penerima seperti berikut :
| TARIKH KREDIT UNTUK PENERIMA DAFTAR EKASIH | TARIKH KREDIT UNTUK PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| 9 & 16/01/2026 | 9 & 16/01/2026 |
| 01/02/2026 | 01/02/2026 |
| 01/03/2026 | 01/03/2026 |
| 01/04/2026 | 01/04/2026 |
| 01/05/2026 | 01/05/2026 |
| 01/06/2026 | 01/06/2026 |
| 01/07/2026 | 01/07/2026 |
| 01/08/2026 | 01/08/2026 |
| 01/09/2026 | 01/09/2026 |
| 01/10/2026 | 01/10/2026 |
| 01/11/2026 | 01/11/2026 |
| 01/12/2026 | 01/12/2026 |
SEMAKAN STATUS SARA EKASIH
Bagi Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang telah mendaftar eKasih, anda boleh membuat semakan status untuk tahu sama ada layak atau tidak tersenarai dalam rekod data eKasih. Ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Jika tidak tersenarai dalam rekod data eKasih, anda masih berpeluang menerima bayaran Bantuan SARA setiap bulan dengan kadar yang sedikit rendah. Semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh dilakukan mengikut panduan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Dapatkan info lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih melalui maklumat yang sahih daripada pihak berwajib menerusi talian seperti berikut :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.