SARA CHECK STATUS 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA CHECK STATUS 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Bantuan SARA adalah secara ansur berperingkat melalui akaun yang dibuka berdasarkan kad pengenalan (MyKad) penerima yang membolehkan bantuan dimasukkan dan disimpan untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Bagaimanakah SARA check status kelayakan sebagai penerima? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN BAYARAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STATUS KELAYAKAN SARA 2025

Terdapat dua (2) status kelayakan penerima Sumbangan Bantuan SARA, iaitu :

  • SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SARA CHECK STATUS 2025

Ketahui status anda melalui semakan di pautan berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://mykasih.com.my/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JUMLAH SUMBANGAN SARA MENGIKUT STATUS 2025

Jumlah Sumbangan Bantuan SARA adalah bergantung pada status penerima seperti berikut :

PENERIMA BERSTATUS
E-KASIH
PENERIMA BERSTATUS
BUKAN E-KASIH
ISI RUMAH : RM2,100
BUJANG : RM600
WARGA EMAS : RM1,650
ISI RUMAH : RM900
BUJANG : –
WARGA EMAS : RM450

TARIKH SUMBANGAN SARA 2025

Berikut merupakan tarikh sumbangan Bantuan SARA mengikut status penerima :

PENERIMA BERSTATUS
E-KASIH
PENERIMA BERSTATUS
BUKAN E-KASIH
Selama 12 bulan :

15/01/2025
01/02/2025
01/03/2025
01/04/2025
01/05/2025
01/06/2025
01/07/2025
01/08/2025
01/09/2025
01/10/2025
01/11/2025
01/12/2025
Selama 9 bulan :

01/04/2025
01/05/2025
01/06/2025
01/07/2025
01/08/2025
01/09/2025
01/10/2025
01/11/2025
01/12/2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment