SARA BUKAN EKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN BULANAN MYKASIH BARU (RM100 & RM50)
Bagaimanakah cara mohon bantuan dalam mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ditambah baik dengan peningkatan bayaran sebanyak dua kali ganda berbanding sebelum ini, serta kelayakan penerima yang turut diperluaskan kepada kategori bujang untuk memenuhi keperluan asas harian penerima.
SYARAT KELAYAKAN SARA BUKAN EKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; dan
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA BUKAN EKASIH 2026
Amaun bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 BUKAN eKasih, seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM600 | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
SEMAKAN STATUS BANTUAN BULANAN SARA BUKAN EKASIH 2026
Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT SARA 2026
Penerima boleh menggunakan kredit MyKasih untuk membeli barangan keperluan asas di premis berdaftar seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf