SARA 2026 SEMAKAN STATUS : MYKASIH (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)
Sebulan sekali Bantuan SARA / Sumbangan Asas Rahmah akan diberikan kepada 9 juta rakyat dan pemberian sekaligus akan diberikan kepada 22 juta rakyat dewasa di Malaysia bagi membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas rakyat.
Bagaimanakah cara semakan status SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL TARIKH BAYAR STR 2026 – SEMAK BILA BAYARAN FASA 1 & KELAYAKAN PEMOHON
SARA 2026 SEMAKAN STATUS
Anda boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA di dua (2) medium berikut :
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Aplikasi MyKasih.
👉 Cara Semakan Status SARA Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
👉 Cara Semakan Status SARA Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PEMBERIAN SARA 2026
Bantuan SARA untuk tahun 2026 akan diberikan kepada penerima melalui dua (2) cara seperti berikut :
- Pemberian Setiap Bulan :
- Bakal diberikan setiap bulan khas kepada 9 juta penerima berpendapatan B40 dan M40 melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan.
- Pemberian Sekaligus :
- Bakal diberikan kepada semua 22 juta rakyat dewasa tanpa mengira kadar pendapatan dan bantuan ini juga dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Jumlah Bantuan SARA ditentukan berdasarkan kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :
- Bayaran SARA Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA (PENERIMA B40 EKASIH) | JUMLAH SARA (PENERIMA B40 & M40 BIASA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan (RM2,400 setahun) | RM100 sebulan (RM1,200 setahun) |
| Warga Emas | RM150 sebulan (RM1,800 setahun) | RM50 sebulan (RM600 setahun) |
| Bujang | RM100 sebulan (RM1,200 setahun) | RM50 sebulan (RM600 setahun) |
- Bayaran SARA Sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA (SEMUA PENERIMA B40 & M40) | JUMLAH SARA (RAKYAT DEWASA MALAYSIA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM100 |
| Warga Emas | RM100 | RM100 |
| Bujang | RM100 | RM100 |
JADUAL PEMBERIAN SARA 2026
Pemberian Bantuan SARA setiap bulan dan sekaligus untuk tahun 2026 dijadualkan seperti berikut :
| CARA PEMBERIAN | TARIKH PENERIMAAN |
|---|---|
| Pemberian Setiap Bulan Dalam Kad Pengenalan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
| Pemberian Sekaligus Dalam Kad Pengenalan | Februari 2026 |
RUJUKAN LANJUT SARA
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan SARA. Untuk rujukan lebih lanjut, sila hubungi talian di bawah :
- Talian Rasmi SARA : 03 7720 1800.
- E-Mel Rasmi SARA : [email protected]