SARA 2026 CHECK BALANCE : SEMAK BAKI BANTUAN SARA MYKASIH MASUK KE DALAM IC PENERIMA
Amaun bayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ke dalam IC (Kad Pengenalan) setiap penerima adalah berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima.
Bagaimanakah check balance sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
CHECK BALANCE SARA 2026
Status Baki Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
JUMLAH PEMBAYARAN SARA BULAN 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
SARA ONE-OFF RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas sebagai persiapan sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
CHECK TARIKH PENTING SARA 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| JENIS SARA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| SARA Bulanan (Kategori Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan) | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
| SARA Bulanan (Kategori Bujang) | 16 Januari 2026 (Jumaat) |
| SARA ONE-OFF (Sekali Bayaran) | 9 Februari 2026 (Isnin) |
Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam IC (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
CARA BERBELANJA GUNA SARA 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama IC (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan IC.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]