SARA 100 : 2025 (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SARA 100 : 2025 (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara sekaligus (one-off) kepada 22 juta rakyat dewasa seluruh Malaysia dengan jumlah sebanyak RM100 setiap individu dan boleh digunakan di 4,100 kedai serta pasaraya terpilih.

Bagaimanakah semakan status penerima SARA 100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH DALAM MYKAD SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT PENERIMA SARA 100

Seramai 22 juta rakyat dipilih sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 adalah berdasarkan syarat-syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tiada had pendapatan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 100

Ikuti cara semakan status sama ada layak atau tidak sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH BAYARAN SARA 100

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM100 akan dibayar pada tarikh berikut :

  • Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad) Bersempena Hari Kebangsaan (Merdeka).

*Nota : Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) sahaja.

CARA BAYARAN SARA 100

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) sekaligus (one-off) terus melalui kad pengenalan (MyKad) dan perlu digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

SEMAKAN BAYARAN SARA 100

Oleh kerana bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimasukkan ke dalam MyKad, status bayaran boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF :

  • 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment