RM100 SARA 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

RM100 SARA 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Bantuan secara one-off (sekali bayaran) di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kepada 22 juta rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK SARA RM100 ONE OFF

Syarat kelayakan penerima SARA one-off (sekali bayaran) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berusia 18 tahun ke atas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekali bayaran) akan diberikan secara automatik ke dalam MyKad penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

MANFAAT SARA RM100 ONE OFF

Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan disalurkan ke MyKad penerima khusus untuk penerima membeli 90,000 jenis barangan keperluan asas termasuk makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.

TARIKH PELAKSAAN SARA RM100 ONE OFF

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan pada 31 Ogos 2025 (Ahad) iaitu Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA RM100 ONE OFF

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

PANDUAN CARA GUNA KREDIT SARA RM100 ONE OFF

Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment