RM100 ONE OFF DALAM MYKAD : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Bantuan SARA RM100 secara one-off telah diperkenalkan dan akan disalurkan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, bagi meringankan kos sara hidup dan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat.
Bagaimanakah semak sara one off rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSARA DALAM MYKAD : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU RM100 ONE OFF
YB, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu bantuan secara one-off (sekali bayaran) di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Inisiatif ini bakal memanfaatkan hampir 22 juta rakyat Malaysia dengan kadar peruntukan keseluruhan melibatkan sebanyak RM2 bilion.
SIAPAKAH LAYAK RM100 ONE OFF
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA one off (sekali bayaran):
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekali bayaran) akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.
MANFAAT SARA 100 ONE OFF
Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk membeli Barangan Keperluan Asas seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.
TARIKH KREDIT BAYARAN SARA 100 ONE OFF
Bantuan RM100 one-off akan disalurkan pada 31 Ogos 2025 (Ahad), dan boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK RM100 ONE OFF
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT RM100 ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara